Saturday 15 October 2016

        SAYA

NAMA:  MUHAMMAD SYAMIM B MOHD NASIR


NO. MATRIKS:   12DEE16F1031

TAJUK:   KES PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA. 

KURSUS:   DIPLOMA ELEKTRIK ELEKTRONIK

SESI:   JUN 2016

NAMA PENSYARAH:   PN. DARMILA BT. ALI

JABATAN:   KEJUTERAAN ELEKTRIK

PENGENALAN

Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral turut merujukkepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat.Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadapperlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dandijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akanmelakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidakbermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.Kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Pada masakini, membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja berakal pendek yanghamil untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

RASIONAL

      Orang yang membuang bayi juga perlu menerapkan nilai rasional dalam dirimereka. Rasional bermaksud boleh berfikir dengan lebih jauh berdasarkankesan dan akibat yang akan berlaku sekiranya mengambil sesuatu tindakan.Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu berfikir atau mengambil keputusanuntuk membuang bayi, dia perlu memikirkan kesan dan akibat terhadapkeputusan tersebut. Kemungkinan besar menyebabkan maruah keluargaterjejas, bayi tersebut akan terbunuh dengan kejam dan banyak lagi kesandan akibat yang mungkin akan berlaku.

KESAN

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku.Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya remaja merupakan golongan terbesar yang melakukan perbuatan
kejam ini. “Kerana nilasetitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini sangat sesuai dengan hal ini.
Masyarakat juga turut menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral inidan secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini.Selain itu, masyarakat juga akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu, Perasaan buruk sangka dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat terutamanya terhadap keluarga pelaku tersebut. Masyarakat pasti akan menyalahkan keluarga pelaku tersebut tanpa memikirkan perasaan mereka.Perbuatan membuang bayi juga akan memberi contoh yang tidak baik kepadaorang lain. Apabila remaja lain melihat situasi ini, maka mereka juga akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut tindakan bodoh ini. Apa yang jelas, kes pembuangan bayi ini akan menyebabkan remaja menjadi semakin berani untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih kerana mereka beranggapan jika mereka mengandung, bayi tersebut boleh dibuang atau diserahkan kepada sesiapa

CARA MENGATASI

 Nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar ditelan zaman. Hal ini berpunca dari sikap ibu bapa yang sering ambil mudah tentang kepentingan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Jika nilai-nilai murni ini dibiarkan terus pupus, maka negara kita akan ketandusan masyarakat yang bermoral dan berakhak mulia.Langkah yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat adalah melalui pihak kerajaan iaitu dengan mengadakan kempen-kempen kesedarankepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan yang pesat. Kempen ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.Langkah seterusnya yang dapat dilakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka dan menunjukkan contohyang baik di depan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang sepenuhnya kepada anak-anak terutamanya pada peringkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa dan rakan sebaya. Sekiranya ibu bapa sibuk, mereka tidak perlu mengabaikan anak-anak mereka, sebaliknya perlu memantau tindakan dan pergerakan serta meluangkan masa bersama-sama mereka. Sekiranya ibubapa kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam masalah sosial.Selain itu,peranan pihak sekolah dalam menangani masalah keruntuhan moral ini juga amat penting kerana sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas  dirumah. Dalam mengatasi masalah ini, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royonguntuk membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang  pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran juga perlu memantapkan lagi mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, pihak sekolah atau institusi tertentu juga memainkan peranan. 

KESIMPULAN

Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sememangnya amat membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Justeru itu, semua warga masyarakat tidak mengira kaum dan agama haruslah bersatu padu bagi membantu mencegah dan membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih serius dandapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.Pihak atasan dan badan-badan kebajikan juga perlu lebih peka dan perlu menganjurkan pelbagai ceramah, program-program dakwah atau motivasi kepadaremaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar tentang kesan serta bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan secara bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada menjadi satu penyakit  berbahaya di negara Malaysia ini.Sebagai remaja yang bermoral, kita seharusnya menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang kejam dan hina. 

 Sebaliknya kita akan dihina, dicaci dan dicemuh oleh masyarakat. Kita perlu berfikir dengan rasional dengan mengambil kira baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukan hal tersebut.