Saturday 15 October 2016

CARA MENGATASI

 Nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar ditelan zaman. Hal ini berpunca dari sikap ibu bapa yang sering ambil mudah tentang kepentingan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Jika nilai-nilai murni ini dibiarkan terus pupus, maka negara kita akan ketandusan masyarakat yang bermoral dan berakhak mulia.Langkah yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat adalah melalui pihak kerajaan iaitu dengan mengadakan kempen-kempen kesedarankepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan yang pesat. Kempen ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.Langkah seterusnya yang dapat dilakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka dan menunjukkan contohyang baik di depan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang sepenuhnya kepada anak-anak terutamanya pada peringkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa dan rakan sebaya. Sekiranya ibu bapa sibuk, mereka tidak perlu mengabaikan anak-anak mereka, sebaliknya perlu memantau tindakan dan pergerakan serta meluangkan masa bersama-sama mereka. Sekiranya ibubapa kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam masalah sosial.Selain itu,peranan pihak sekolah dalam menangani masalah keruntuhan moral ini juga amat penting kerana sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas  dirumah. Dalam mengatasi masalah ini, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royonguntuk membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang  pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran juga perlu memantapkan lagi mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, pihak sekolah atau institusi tertentu juga memainkan peranan. 

No comments:

Post a Comment