Saturday 15 October 2016

KESAN

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku.Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya remaja merupakan golongan terbesar yang melakukan perbuatan
kejam ini. “Kerana nilasetitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini sangat sesuai dengan hal ini.
Masyarakat juga turut menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral inidan secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini.Selain itu, masyarakat juga akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu, Perasaan buruk sangka dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat terutamanya terhadap keluarga pelaku tersebut. Masyarakat pasti akan menyalahkan keluarga pelaku tersebut tanpa memikirkan perasaan mereka.Perbuatan membuang bayi juga akan memberi contoh yang tidak baik kepadaorang lain. Apabila remaja lain melihat situasi ini, maka mereka juga akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut tindakan bodoh ini. Apa yang jelas, kes pembuangan bayi ini akan menyebabkan remaja menjadi semakin berani untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih kerana mereka beranggapan jika mereka mengandung, bayi tersebut boleh dibuang atau diserahkan kepada sesiapa

No comments:

Post a Comment