Saturday 15 October 2016

PENGENALAN

Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral turut merujukkepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat.Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadapperlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dandijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akanmelakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidakbermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.Kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Pada masakini, membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja berakal pendek yanghamil untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment